Friday, January 27, 2012

Kata-Kata Hikmah


Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
Renung-renungkan. Jangan sampai termenung.
(Macam Ikhwan dalam Galaksi je. Hehe)



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ni :) ♥